More

    WhatsApp uji ‘Expiring Groups’, pengguna tetapkan tarikh tamat tempoh untuk sembang kumpulan

    WhatsApp sedang menguji ciri baharu untuk sembang kumpulan yang membolehkan pengguna menetapkan tarikh tamat tempoh untuk kumpulan itu. Ia dinamakan ‘Kumpulan Tamat Tempoh’ (Expiring Groups) pada beta WhatsApp untuk kemas kini iOS 23.5.0.70. Ini bermakna ia mungkin akan dilancarkan sebagai versi penuh tidak lama lagi.

    Pertama kali dikesan oleh WABetaInfo, ciri ini membolehkan pengguna menetapkan tarikh tamat tempoh tertentu untuk kumpulan mereka. Setelah tarikh dicapai, mereka akan digesa untuk membersihkan sembang kumpulan.

    Daripada tangkapan skrin yang dikongsi oleh WABetaInfo, ciri ini menyediakan pengguna dengan tiga pilihan untuk Expiring Groups iaitu satu hari, satu minggu dan tarikh tersuai. Selain itu, terdapat juga pilihan untuk mengalih keluar tarikh tamat tempoh sekiranya pengguna berubah fikiran.

    Buat sementara ini, kami hanya menunggu sehingga pengumuman seterusnya mengenai ciri ini dan ciri baharu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: WABetaInfo

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured