More

    WhatsApp umum larangan chatbot AI pihak ketiga bermula 15 Januari 2026

    WhatsApp mengumumkan perubahan baharu pada terma perkhidmatan mereka yang akan mengharamkan penggunaan chatbot AI bukan milik Meta dalam aplikasi tersebut. Ini bermakna semua chatbot pihak ketiga termasuk ChatGPT dan Microsoft Copilot tidak lagi dibenarkan digunakan dalam WhatsApp selepas perubahan ini berkuat kuasa.

    Tarikh kuat kuasa ditetapkan pada 15 Januari 2026 yang juga menjadi hari terakhir pengguna WhatsApp Business boleh menggunakan ChatGPT, Copilot atau mana-mana chatbot AI lain yang bukan dibangunkan oleh Meta. Sebelum ini, OpenAI telah mengumumkan penarikan rasmi ChatGPT daripada WhatsApp manakala Microsoft turut mengesahkan Copilot tidak lagi tersedia dalam aplikasi itu.

    Walau bagaimanapun, terdapat pengecualian kecil untuk perniagaan yang menggunakan chatbot AI bagi tujuan khidmat pelanggan. Mereka masih dibenarkan beroperasi jika mematuhi garis panduan tertentu. Meta turut menjelaskan bahawa pengguna ChatGPT di WhatsApp boleh memindahkan sejarah perbualan mereka, namun pengguna Copilot tidak akan mempunyai pilihan tersebut.

    Langkah ini menandakan perubahan besar dalam strategi Meta yang kini mahu mengawal sepenuhnya penggunaan model bahasa besar (LLM) dalam ekosistem WhatsApp dan memfokuskan kepada chatbot AI yang dibangunkan sendiri. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WhatsApp

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured