More

    WhoFi gunakan isyarat Wi-Fi untuk jejak identiti fizikal anda secara senyap

    Penyelidik dari La Sapienza University of Rome telah membangunkan sistem dikenali sebagai WhoFi yang mampu mengenal pasti individu berdasarkan cara tubuh mereka mengganggu isyarat Wi-Fi. Melalui corak pantulan gelombang ini, sistem AI boleh membentuk satu bentuk “cap jari fizikal” tanpa perlu kamera atau peranti peribadi.

    Dalam ujian, WhoFi mencatatkan ketepatan setinggi 95.5% menggunakan dataset NTU-Fi. Sistem ini juga dikatakan berfungsi merentas dinding dan dalam gelap yang menjadikannya berpotensi digunakan dalam sektor keselamatan serta pemantauan.

    Walau bagaimanapun, pakar memberi amaran tentang risiko terhadap privasi memandangkan pengesanan boleh berlaku tanpa pengetahuan atau kebenaran individu terbabit. Sistem ini masih di peringkat awal kajian dan belum dikomersialkan tetapi ia menandakan lonjakan penting dalam penggunaan AI dan gelombang radio untuk pengecaman identiti secara pasif.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: PCWorld

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured