More

    Whoscall diperakui PDRM, perkenal ciri ganjaran komuniti dan AI untuk lawan “scam”

    Whoscall iaitu aplikasi anti-scam yang dibangunkan oleh Gogolook baru-baru ini telah melancarkan penjenamaan semula global dengan misi memperkasa pengguna dan komuniti untuk sama-sama memerangi penipuan. Antara pembaharuan utama ialah sistem “Ganjaran dan Misi” yang akan diperkenalkan pada suku keempat tahun ini.

    Melalui pendekatan gamifikasi, pengguna boleh memperoleh mata dengan melaporkan nombor atau aktiviti mencurigakan yang kemudiannya boleh ditebus untuk langganan Whoscall Premium atau ganjaran menarik. Whoscall kini diperkukuh dengan AI bagi mengesan corak scam dengan lebih pantas dan tepat termasuk semakan nombor, pautan serta analisis tangkap layar.

    Whoscall juga memperkenalkan maskot digital baharu bernama “Vee” selain logo dan reka bentuk aplikasi yang lebih intuitif. Sejak dilancarkan pada 2010, Whoscall merekodkan lebih 660 juta panggilan scam disekat dan lebih 1.8 bilion mesej penipuan ditapis. Di Malaysia, ia kekal sebagai satu-satunya aplikasi anti-scam yang mendapat pengiktirafan rasmi Polis Diraja Malaysia.

    Aplikasi Whoscall boleh dimuat turun secara percuma di Google Play dan App Store, dengan pilihan langganan Premium untuk individu, duo, dan keluarga. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...