More

    Wiko Hi Enjoy 60s 5G rasmi dengan Dimensity 700 dan HarmonyOS, bermula ~RM900

    Wiko iaitu sebuah syarikat telefon pintar yang bertapak di Perancis telah melancarkan peranti baharu, Wiko Hi Enjoy 60s. Walaupun keluaran Wiko sangat serupa dengan beberapa telefon HUAWEI, Wiko Hi Enjoy 60s mempunyai beberapa ciri unik. Sama seperti peranti HUAWEI, telefon baharu ini hadir dengan HarmonyOS.

    Beberapa spesifikasi Hi Enjoy 60s sepadan dengan HUAWEI Enjoy 60 seperti menggunakan skrin LCD 6.75 inci , takuk titisan air yang menempatkan kamera swafoto 8MP dan reka bentuk yang serupa. Baterinya pula berkapasiti 6,000mAH yang menyokong pengecasan SuperCharge 22.5W.

    Wiko Hi Enjoy 60s dilengkapi Dimensity 700 dan sambungan 5G. Seterusnya, bahagian belakang peranti menampilkan persediaan dwi-kamera. Kamera utama menggunakan sensor 13MP manakala kamera kedalaman 2MP. Memandangkan Hi Enjoy 60s adalah sebahagian daripada ekosistem Harmony, ia menikmati beberapa ciri eksklusif telefon HUAWEI.

    Ia termasuk sambungan mudah dengan mana-mana peranti HUAWEI melalui aplikasi AI Life. Ciri-ciri lain peranti termasuk pengimbas cap jari yang dipasang di sisi dan bicu audio 3.5mm. Hi Enjoy 60s tersedia dalam tiga warna berbeza seperti biru, putih dan hitam.  Selain itu, ia tersedia dalam dua varian storan iaitu 128GB dan 256GB. 

    Harga Hi Enjoy 60s versi standard ialah CNY1399(~RM900) manakala 256GB berharga CNY1599(~RM1,030). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fon telinga ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Wiko

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured