More

    Wiko Power U20, Power U10 rasmi di Malaysia: Bateri hingga 6000mAh, bermula RM379

    Wiko yang lebih sinonim sebagia jenama telefon pintar berpatutan dan mampu milik kini telah mengumumkan dua peranti kelas permulaan yang baharu. Wiko Power U20 dan Wiko Power U10 diumumkan di pasaran Malaysia bermula pada harga RM379.

    Wiko Power U20 memiliki spesifikasi yang sedikit tinggi berbanding Wiko Power U10 seperti kapasiti bateri dan RAM yang lebih besar. Anda boleh menyemak spesifikasi penting peranti seperti di bawah.

    Wiko Power U20

    • Cipset MediaTek Helio G35
    • RAM 3GB + storan 32GB (boleh ditambah melalui microSD sehingga 256GB)
    • Paparan 6.8 inci HD+
    • Tiga kamera utama 13MP + 2MP + lensa AI
    • Bateri 6000mAh (mampu bertahan sehingga 4 hari)
    • Sokongan butang Google Assistant dan Face Unlock
    • Dioperasikan Android 11
    • Berharga RM429

    Wiko Power U10

    • Cipset MediaTek Helio A25
    • RAM 2GB + storan 32GB (boleh ditambah melalui microSD sehingga 256GB)
    • Paparan 6.8 inci HD+
    • Kamera utama 13MP (Kamera GO)
    • Bateri 5000mAh (mampu bertahan sehingga 3.5 hari)
    • Sokongan butang Google Assistant dan Face Unlock
    • Dioperasikan Android 11
    • Berharga RM379

    Untuk pengetahuan anda, peranti ini boleh mula dibeli sekarang di kedai rasmi Wiko atau mana-mana pengedar sah Wiko.

    Adakah anda berminat dengan peranti kelas permulaan mampu milik ini? Kunjungi laman web rasmi Wiko Malaysia dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured