More

    Windows 11 bawa kembali video “wallpapers” selepas hampir 20 tahun

    Microsoft kini sedang menguji ciri baharu dalam Windows 11 yang membolehkan pengguna menetapkan video sebagai latar belakang desktop. Fungsi ini dikesan dalam kemas kini Windows Insider Preview Build terkini yang sekali gus menghidupkan semula konsep DreamScene yang pernah diperkenalkan dalam Windows Vista hampir dua dekad lalu.

    Melalui ciri ini, pengguna boleh memilih fail video dalam format popular seperti MP4, MKV, MOV WMV dan lain-lain untuk dijadikan wallpaper. Pilihan tersebut boleh diakses terus melalui menu Personalization dalam tetapan Windows tanpa perlu bergantung kepada aplikasi pihak ketiga. Buat masa ini, fungsi berkenaan hanya tersedia kepada sebahagian kecil pengguna Windows Insider.

    Ia tersembunyi di sebalik tetapan dalaman dan memerlukan alat seperti ViveTool untuk diaktifkan menggunakan kod ciri (feature flag) khusus. Sesetengah pengguna turut melaporkan perlu memulakan semula proses explorer.exe bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Namun, Microsoft belum mengeluarkan pengumuman rasmi atau jadual pelepasan ciri ini kepada umum.

    Antara persoalan utama yang timbul adalah sejauh mana ciri video wallpaper ini akan mempengaruhi prestasi komputer dan jangka hayat bateri khususnya pada komputer riba. Buat masa ini, ia hanya menyokong desktop utama dan bukan skrin kunci.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X phantomofearth

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured