More

    Wise merupakan kad prabayar pertama yang sokong Apple Pay dan Google Pay di Malaysia

    Wise iaitu syarikat teknologi global yang membina cara terbaik untuk mengurus wang telah melancarkan Apple Pay dan Google Pay untuk pemegang kadnya yang secara tidak langsung menjadi bukan pihak bank pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan itu.

    Pelanggan di Malaysia kini boleh membuat urus niaga wayarles dan pantas dengan hanya menambahkan kad Wise pada Apple Pay atau Google Pay pada peranti iOS atau Android dan menggunakannya untuk membuat pembayaran.

    Malaysia memacu peralihan ke arah penggunaan pembayaran tanpa tunai di Asia Tenggara dengan 96% pengguna di negara ini menggunakan pilihan pembayaran digital menurut kajian Visa Consumer Payment Attitudes 2022. Selain kad fizikal, pelanggan juga boleh menambah sehingga tiga kad digital pada Apple Pay atau Google Pay.

    Kad digital ini disertakan dengan butiran kad yang berbeza untuk lapisan perlindungan tambahan dan boleh dibekukan selepas setiap pembelian. Tambahan, pelanggan boleh menggunakannya untuk menguruskan perbelanjaan mereka dengan menggunakan kad yang berbeza untuk jenis perbelanjaan yang berbeza.

    Dengan kad Wise, pelanggan boleh memegang dan berbelanja dalam lebih 40 mata wang pada kadar pertukaran pasaran pertengahan dan tiada yuran transaksi asing. Wise juga menyediakan dua pengeluaran ATM percuma sehingga RM1,000 sebulan supaya pelanggan boleh berbelanja seperti orang tempatan.

    Pelanggan kini boleh menambahkan kad Wise mereka pada Apple Pay atau Google Pay melalui aplikasi Wise dengan mengikut arahan di bawah:

    1. Buka aplikasi Wise
    2. Pilih pada tab Kad, tempat anda boleh melihat semua kad anda yang tersedia
    3. Pilih kad yang anda mahu tambah
    4. Tambah pada Apple Wallet atau tambah pada G Pay.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan perkhidmatan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured