More

    WiZ lancarkan sistem pencahayaan baharu untuk hiburan rumah di ARCHIDEX 2025

    WiZ, jenama pencahayaan pintar di bawah Signify telah memperkenalkan rangkaian hiburan TV terkini pada pameran ARCHIDEX 2025. Tumpuan utama ialah WiZ HDMI Sync Box dengan TV Backlight, WiZ Gradient Light Bar dan WiZ Gradient Floor Light yang direka untuk memberikan pengalaman tontonan yang lebih mengujakan.

    WiZ HDMI Sync Box dengan TV Backlight membolehkan penyegerakan warna lampu secara langsung dengan kandungan di skrin TV melalui input HDMI. Ia menyokong resolusi hingga 4K@60Hz dan format HDR10+/Dolby Vision. Pemasangan mudah melalui strip lampu RGBIC 3-sisi yang disediakan untuk TV bersaiz 55”-65” dan 75”-85”.

    Turut diperkenal:

    • WiZ Gradient Light Bar – Bar lampu pelbagai warna untuk kesan pencahayaan dramatik atas meja atau belakang skrin.
    • WiZ Gradient Floor Light – Lampu berdiri dengan rekaan ramping untuk sudut bilik yang menawarkan kesan warna pelbagai segmen dan sudut pancaran luas.

    Semua produk ini menyokong Matter dan boleh dikawal melalui aplikasi WiZ, suara (Google, Alexa, Siri) atau alat kawalan jauh. Antara ciri utama termasuk keupayaan untuk menyegerakkan lampu secara langsung dengan kandungan TV dan muzik, mikrofon terbina bagi menangkap audio daripada sebarang sumber serta menghasilkan kesan pencahayaan mengikut rentak bunyi.

    Pengguna juga boleh memilih daripada pelbagai mod seperti Cinematic, Relaxation dan Rhythmic mengikut suasana yang diinginkan. Selain itu, sistem ini membolehkan sambungan kepada pelbagai lampu WiZ lain dalam satu rangkaian Wi-Fi yang sama untuk pencahayaan yang seragam dan menyeluruh di seluruh ruang.

    Harga Malaysia (tempahan melalui Shopee dan pengedar rasmi):

    • HDMI Sync Box 55″-65″: RM499
    • HDMI Sync Box 75″-85″: RM599
    • Gradient Light Bar: RM359
    • Gradient Floor Light: RM479

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan produk terbaharu yang ditawarkan WiZ dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...