More

    WWDC 2025: Apple iOS 19 semakin hampir diperkenal secara rasmi

    Apple bakal memperkenalkan sistem operasi mudah alih terbaharu iOS 19 pada acara tahunan Worldwide Developers Conference (WWDC) yang dijadual berlangsung pada 9 Jun 2025. Seperti tahun-tahun sebelumnya, versi pembangun akan dilepaskan sejurus selepas pengumuman rasmi diikuti dengan versi beta awam sekitar bulan Julai.

    Pelancaran rasmi kepada pengguna umum dijangka berlangsung pada September 2025 seiringan dengan pengenalan siri iPhone 17. iOS 19 dijangka membawa pembaharuan reka bentuk yang ketara dengan elemen visual yang diinspirasikan daripada visionOS. Ini termasuk ikon yang lebih bulat, bar tab terapung dan penggunaan kesan lutsinar yang memberikan nuansa lebih moden.

    Antara ciri baharu yang ditunggu-tunggu ialah penambahbaikan pada pembantu maya Siri yang kini lebih pintar dan berupaya memahami konteks perbualan dengan lebih baik. Selain itu, iOS 19 turut memperkenalkan aplikasi Kesihatan yang diperbaharui yang kini dilengkapi jurulatih peribadi berasaskan AI untuk membantu pengguna menjejak kecergasan dan gaya hidup mereka.

    Apple juga akhirnya menyokong mesej RCS dengan penyulitan hujung ke hujung menjadikan komunikasi antara pengguna lebih selamat dan serasi dengan pelbagai platform. Fungsi terjemahan langsung menerusi AirPods turut diperkenalkan. Namun, antara peranti yang tidak lagi menyokong kemas kini ini termasuk iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max.

    iOS 19 hanya tersedia kepada model bermula dari iPhone 12 mini dan ke atas. Walaupun begitu, beberapa ciri lanjutan hanya akan tersedia pada model terkini seperti iPhone 15 Pro dan siri iPhone 16. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured