More

    WWDC25: Ini apa yang anda perlu tahu tentang macOS, iPadOS, watchOS, visionOS dan tvOS versi “26”

    Selain pengumuman utama iOS 26 pada WWDC 2025, Applr turut mengumumkan kemas kini utama untuk sistem operasi seperti iPadOS, macOS, watchOS, tvOS dan visionOS. Setiap sistem dibina di atas asas reka bentuk baharu yang dikenali sebagai Liquid Glass serta integrasi mendalam Apple Intelligence iaitu kecerdasan buatan yang berjalan terus dalam peranti.

    iPadOS 26

    iPadOS 26 hadir dengan rekaan Liquid Glass yang seragam seperti iOS 26. Ia memberikan rupa yang lebih ringan, moden dan konsisten merentasi ikon, widget serta pusat kawalan. Apple Intelligence disepadukan secara mendalam yang mampu bantu pengguna terjemah, cipta Genmoji, faham kandungan skrin dan berikan cadangan pintar ketika buat dua kerja serentak.

    Fungsi baru seperti Nota Matematik membolehkan pengguna tulis persamaan dengan Apple Pencil dan sistem akan kenal pasti, kira dan tukarkan kepada carta secara automatik. Dalam aplikasi Freeform, AI bantu jana grafik pintar dan imej rujukan secara serta-merta untuk kolaborasi yang lebih efisien. Sistem tetingkap juga semakin mantap dengan menyokong lebih banyak pintasan papan kekunci dan pad jejak menjadikan pengalaman multitugas hampir seperti pada Mac.

    macOS 26 “Tahoe”

    macOS 26 yang dinamakan “Tahoe” telah memperkenalkan Dock, bar menu dan ikon aplikasi yang bergaya Liquid Glass dengan lebih banyak pilihan penyesuaian visual. Kini, Mac anda boleh buat dan terima panggilan telefon terus seperti iPhone lengkap dengan log panggilan dan voicemail yang disegerakkan. Antara ciri baru lain:

    • Arahan bahasa semula jadi dalam Spotlight
    • Shortcuts lebih pintar
    • Paparan aktiviti masa nyata
    • Aplikasi permainan dan enjin grafik baharu – Metal 4

    watchOS 26

    watchOS 26 hadir dengan reka bentuk baharu bergaya Liquid Glass yang menjadikan paparan jam, widget dan dail foto lebih menarik. Dengan bantuan Apple Intelligence, ciri baru Workout Buddy boleh menyesuaikan latihan dan beri motivasi berdasarkan sejarah senaman pengguna.

    Aplikasi senaman kini lebih mudah digunakan dengan susun atur baharu, sokongan untuk latihan tersuai dan laluan perlumbaan. Apple Music pula akan cadangkan lagu atau podcast yang sesuai mengikut jenis aktiviti. Selain itu, notifikasi juga jadi lebih pintar kerana ia boleh ubah kelantangan ikut keadaan sekeliling secara automatik.

    tvOS 26

    tvOS 26 membawakan reka bentuk Liquid Glass pada Apple TV menjadikan antara muka lebih licin dan kemas. Pusat kawalan dan paparan utama juga diubah suai untuk pengalaman yang lebih tersusun. Pengguna kini boleh cipta profil peribadi untuk akses pantas ke kandungan kegemaran. Tambahan menarik ialah Apple TV boleh digunakan sebagai mikrofon karaoke bila disambung ke iPhone yang lengkap dengan kesan visual dan emoji interaktif semasa menyanyi.

    visionOS 26

    visionOS 26 memberi tumpuan kepada interaksi spatial yang lebih kaya. Widget kini boleh dilaras saiz dan warna manakala galeri ruang angkasa baharu membolehkan anda alami kesan 3D yang lebih mendalam. Ciri avatar “imej diri” juga ditambah baik yang kini menyokong pandangan sisi dan perspektif yang lebih semula jadi.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kemas kini terbaharu yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...