More

    WWE Raw bakal disiarkan secara eksklusif di Netflix bermula 2025

    Hari ini, Netflix mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani kontrak 10 tahun bernilai AS$5 bilion (~RM23.65 bilion) dengan World Wrestling Entertainment (WWE) untuk menyiarkan secara eksklusif program gusti popular bermula pada 2025.

    Selain daripada Raw, Monday Night Raw, SmackDown dan NXT juga disiarkan secara eksklusif. Sebelum ini, WWE berjaya menarik perhatian penonton melalui saluran FOX dan perkhidmatan penstriman Peacock. Ini adalah transaksi hak cipta siaran langsung hiburan sukan terbesar Netflix setakat ini.

    Bermula pada tahun 2025, Netflix akan menjadi satu-satunya platform penyiaran eksklusif di Amerika Syarikat untuk penyiaran gusti edisi Raw yang telah disiarkan di televisyen sejak 1993. Sama-sama kita nantikan rancangan gusti paling popular ini muncul di Netflix kelak.

    Namun, kandungan WWE dalam Netflix hanya akan tersedia di Kanada, AS dan Amerika Latin buat masa ini. Ia mungkin akan menemui penonton daripada benua lain pada masa akan datang. Tambahan, ramai peminat WWE di Malaysia dan pastinya mereka tidak mahu ketinggalan untuk menonton rancangan ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...