More

    X tambah lagi dua pelan langganan, Premium+ RM70/bulan dan Basic RM13.13/bulan

    X (dahulunya Twitter) sedang bekerja keras untuk mengembangkan kewangannya kerana pada awal bulan ini, Musk mengumumkan bahawa peringkat langganan yang lebih murah akan tersedia tidak lama lagi. Kini, beliau mengumumkan bahawa dua pelan langganan baharu telah tersedia iaitu Premium+ dan Basic.

    Premium+ menjanjikan sifar iklan, lebih banyak rangsangan (boost) untuk balasan dan akses penuh kepada ciri suite kreatif. Langganan Basic sebaliknya memberi anda akses kepada ciri premium yang penting tetapi ia masih akan mempunyai iklan. Ketika ini, anda masih belum dapat melihat harga langganan untuk pelan baharu pada aplikasi mudah alih.

    Namun ia telah disahkan bahawa Premium+ akan berharga RM70/bulan manakala Basic akan berharga RM13.13/bulan. Sebagai rujukan, langganan Premium peringkat pertengahan ialah RM35/bulan. Seperti yang anda lihat, pelan Premium+ adalah dua kali ganda lebih mahal daripada pelan Premium tetapi bebas daripada iklan.

    Bagi anda yang berminat, anda boleh memilih antara kedua-dua pelan ini yang kini ditawarkan melalui web di Twitter. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured