More

    Xbox Game Pass Ultimate naik harga sehingga 50%, tiga pelan baharu diperkenal

    Microsoft kini memperkenalkan struktur langganan baharu untuk Xbox Game Pass bersama kenaikan harga ketara yang menimbulkan kemarahan ramai pengguna. Dalam pengumuman rasmi di laman Xbox Wire, mereka telah memperkenalkan tiga pelan baharu iaitu Essential, Premium dan Ultimate.

    Namun, yang paling mencuri perhatian ialah kenaikan harga Xbox Game Pass Ultimate sebanyak 50 peratus. Pelan sedia ada kini ditukar nama di mana Core dinamakan semula kepada Essential dan Standard menjadi Premium manakala Ultimate dan PC Game Pass mengekalkan nama asal.

    Dalam struktur baharu ini, pelan Essential kekal sekitar RM47, Premium sekitar RM70 sementara Ultimate meningkat daripada kira-kira RM94 kepada RM141 sebulan. Untuk PC Game Pass, harga turut naik daripada RM56 kepada RM77 bergantung kepada rantau masing-masing. Microsoft menjelaskan bahawa kenaikan ini disertai peningkatan nilai langganan.

    Pelan Ultimate kini menawarkan penstriman pada resolusi 1440p, akses kepada 75 permainan hari pertama setiap tahun dan keahlian tambahan seperti Fortnite Crew bernilai lebih RM56 sebulan serta Ubisoft+ Classic bernilai sekitar RM38 sebulan. Pengguna pelan ini juga kini boleh menikmati permainan popular seperti Hogwarts Legacy dan Diablo IV tanpa bayaran tambahan.

    Harga baharu telah berkuat kuasa untuk pelanggan baharu manakala pelanggan sedia ada akan mula dikenakan kadar baharu bermula 4 November 2025. Walaupun Microsoft menyifatkan perubahan ini sebagai langkah untuk menambah nilai kandungan dan pengalaman pengguna, ramai pelanggan sedia ada dilaporkan membatalkan langganan sebagai tanda protes terhadap peningkatan mendadak tersebut.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Microsoft

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured