More

    Xbox Series X boleh memainkan ‘game’ siri-siri Xbox sebelumnya dalam 120fps

    Menurut Pengarah Pengurusan Program untuk Xbox Series X, Jason Ronald, Xbox Series X akan mampu memainkan game-game daripada konsol Xbox generasi lama dengan prestasi yang lebih lancar. Ini termasuklah konsol Xbox asal, Xbox 360 dan Xbox One.

    Jason mengatakan setakat ini, ujian selama 100,000 jam telah pun dilakukan untuk memastikan game daripada konsol Xbox lama boleh dimainkan dalam Series X dan apabila ia dilancarkan kelak, pasukannya telah pun meluangkan 200,000 jam untuk menguji kebolehan ini.

    Dengan prestasi CPU, GPU dan SSD yang lebih canggih dalam Series X, game-game Xbox lama boleh dimainkan dengan resolusi 4K dan frame rate yang lebih tinggi sehingga dua kali ganda, iaitu 120fps. Selain itu, terdapat juga pembaharuan dalam segi perisian seperti pengenalan high dynamic range (HDR) dalam game-game lama, serta fungsi Quick Resume untuk membolehkan pemain menyambung game mereka daripada konsol Xbox lama.

    Beritahu kami pendapat anda tentang Xbox Series X di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xbox Blog

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured