More

    Xiaomi 12 Pro versi global disenaraikan oleh FCC, muncul dalam penanda aras Geekbench

    Xiaomi melancarkan siri 12 hanya beberapa hari sebelum malam Tahun Baru dan hanya mengumumkan rancangannya untuk pelancaran di China sahaja. Seluruh dunia masih menunggu pelancaran global dan terdapat petunjuk yang mendedahkan bahawa pelancarannya semakin hampir.

    Xiaomi 12 Pro dan model standard telah dikesan dalam pangkalan data syarikat telekomunikasi Indonesia beberapa minggu lalu dan kini model Pro juga telah melalui FCC serta muncul dalam beberapa laman ujian penanda aras. Laporan FCC untuk telefon model (2201122G) mendedahkan sokongan untuk jalur sub-6 5G n5, n7, n38, n51, n66, n77 dan n78.

    Ia juga akan menampilkan sokongan Wi-Fi 6E walaupun ia masih tidak disahkan di beberapa negara. NFC juga ada tersedia. Sambungan 5G ini didayakan oleh modem Qualcomm di dalam cipset Snapdragon 8 Gen 1. Keputusan Geekbench daripada Xiaomi 12 Pro global menunjukkan ia mempunyai RAM 12GB dan Android 12 dengan paparan anatara muka MIUI 13.

    Bagi model Pro, ia mempunyai RAM 8GB. Terdapat hanya satu hasil dalam pangkalan data dan kami tidak boleh membuat kesimpulan tentang kapasiti memori yang akan ditawarkan kepada versi global. Xiaomi 12 standard yang diuji oleh Geekbench mempunyai RAM 8GB. Telefon itu juga muncul dalam pangkalan data HTML5Test menggunakan Chrome 96 pada Android 12.

    Menariknya, keputusan ini adalah dari dua bulan lalu sebelum Xiaomi melancarkan siri 12. Xiaomi 12 dan 12 Pro bakal dilancarkan tidak lama lagi dan mungkin Xiaomi 12X akan turut serta dalam acara tersebut. Tarikh pelancaran masih belum ditentukan tetapi kebocoran sebelum ini menunjukkan bahawa Xiaomi 12 dijangkakan diumum pada Februari atau Mac. Terdapat juga model Ultra di dalam senarai.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured