More

    Xiaomi 12 Ultra mungkin hadir dalam varian seramik, kaca dan kulit

    Pada bulan lepas, Xiaomi telah melancarkan Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro di Malaysia. Kedua-dua peranti membawa ciri-ciri tersendiri dan kini, khabar angin mengatakan Xiaomi 12 Ultra mungkin ditawarkan dengan perkakasan dan warna menarik.

    Menurut Digital Chat Station, Xiaomi 12 Ultra akan hadir dalam varian seramik, kaca dan kulit. Varian seramik berwarna putih atau hitam manakala varian kaca akan menampilkan warna lain. Tiada sebarang maklumat mengenai varian kulit tetapi terdapat jangkaan ia akana menampilkan warna terang seperti kuning.

    Dari segi spesifikasi, Xiaomi 12 Ultra akan dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1 Plus dan sensor ISOCELL HP1 200MP sebagai kamera utama. Kamera belakang peranti juga akan menampilkan reka bentuk bulat. Xiaomi 12 Ultra dijangka akan dilancarkan pada Jun 2022.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...