More

    Xiaomi 13 dapat pengiktirafan 3C, dilengkapi pengecasan pantas 67W

    Xiaomi 13 siri dilaporkan sedang dalam penghasilan. Laporan baru-baru ini mendedahkan siri itu termasuk dua telefon pintar iaitu Xiaomi 13 dan 13 Pro. Terdapat juga imej peranti itu muncul dalam talian yang mendedahkan reka bentuk dan penampilannya.

    Dalam perkembangan terkini, Xiaomi 13 telah dikesan di tapak pensijilan 3C memberikan bayangan pelancarannya tidak lama lagi. Menurut laporan oleh MySmartPrice, Xiaomi 13 telah lulus pensijilan 3C China. Telefon pintar itu disenaraikan di laman web pensijilan dengan nombor model 2211133C dengan sokongan pengecasan pantas 67W.

    Imej di atas mendedahkan peranti itu diilhamkan oleh reka bentuk Xiaomi Mi 11 Ultra. Ia boleh dilihat dengan menampilkan tiga kamera di bahagian belakang bersama denyar LED. Ia juga akan menampilkan autofokus LASER. Laporan sebelum ini telah mendedahkan bahawa Xiaomi 13 akan menampilkan paparan 6.38 inci yang menawarkan resolusi HD+ penuh.

    Ia berkemungkinan akan menampilkan sensor kamera utama 50MP dan menyokong pengecasan pantas 67W. Sebaliknya, model Pro akan menampilkan panel QHD+ 6.73 inci dengan kadar penyegaran 120Hz. Peranti itu akan menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 2.

    Xiaomi 13 Pro dijangka mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dan mungkin menyokong pengecasan pantas berwayar 120W serta pengecasan wayarles 50W. Siri Xiaomi 13 dijangka akan diumumkan di China pada bulan November ini. Perkara ini akan menjadi lebih jelas dengan pengumuman Snapdragon 8 Gen 2 yang akan datang.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured