More

    Xiaomi 13 pecahkan rekod skrin paling cerah untuk telefon Android

    Xiaomi telah menunjukkan prestasi yang agak baik dalam pasaran telefon pintar global dengan penjualan siri Xiaomi 12S. Lei Jun, pengasas Xiaomi, menunjukkan bahawa skrin Xiaomi 13 mempunyai kecerahan tertinggi dalam segmen telefon pintar Android. Beliau mendakwa bahawa kesan paparan adalah sangat baik dan cantik.

    Menurut laporan setakat ini, kecerahan puncak siri Xiaomi 13 mencecah 1900 nits. Untuk pengetahuan, kecerahan telefon pintar semasa mencecah 1200 nits manakala penggunaan kuasa skrin telah dikurangkan sebanyak 22%. Telefon ini didatangkan dengan skrin E6 terbaru Samsung.

    Untuk skrin OLED, substrat bercahaya adalah teknologi utama yang sangat penting. Ini kerana ia secara langsung menentukan kualiti paparan skrin. Sebelum E6, terdapat bahan seperti E4 dan E5. Skrin Samsung E6 yang digunakan oleh Xiaomi 13 ini mempunyai kecerahan puncak iaitu 900 nits lebih tinggi daripada E5.

    Selain itu, Xiaomi 13 mempunyai nisbah skrin-ke-badan setinggi 93.3%. Peranti ini dilengkapi dengan bateri 4,500 mAh. Menurut ujian rasmi, Xiaomi 13 DOU mempunyai hayat bateri selama 1.37 hari mengatasi Apple iPhone 14 Pro Max yang mempunyai hayat bateri DOU selama 1.28 hari.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Mydrivers

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured