More

    Xiaomi 13 Ultra akan dilancar di Malaysia pada 20 Jun 2023

    Xiaomi telah melancarkan varian tercanggih dalam siri telefon pintar andalan Xiaomi 13 iaitu Xiaomi 13 Ultra. Khas untuk varian ini, ia mempunyai teknologi fotografi yang sangat canggih dengan kerjasama yang dijalin bersama syarikat kamera terkenal dari Jerman, Leica.

    Kini, ia akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Jun 2023 seperti yang dilihat pada halaman Facebook Xiaomi Malaysia. Berdasarkan poster, ia menunjukkan kerjasamanya bersama Leica untuk sistem fotografi dengan kenyataan ‘Akan Datang’.

    Untuk pengetahuan anda, modul kamera Xiaomi 13 Ultra terdiri daripada empat kamera dan semuanya mempunyai sensor 50MP. Kamera utamanya ialah kamera 50MP dengan sensor Sony IMX989 berukuran 1 inci, lensa 23cmm yang distabilkan secara optikal serta dua nilai apertur iaitu f/1.9 dan f/4.0.

    Sensor 1 inci dan apertur f/1.9 akan membenarkan lebih banyak cahaya untuk memasuki kamera ini dan boleh menghasilkan gambar yang lebih cantik, dengan latar belakang kabur yang kemas. Ia juga akan menggabungkan empat piksel (pixel binning) bagi menghasilkan gambar 12.5MP dengan saiz setiap piksel 3.2µm.

    Dengan teknologi yang dibawa daripada kamera Leica, telefon ini turut menawarkan dua mod warna iaitu Leica Vibrant dan Leica Authentic. Terdapat juga mod UltraRAW 50MP yang menyediakan fail DNG 14-bit dengan pengurangan noise, penajaman multi-bingkai dan pelarasan julat dinamik. Adobe pula akan menghasilkan profil kamera khas untuk perisian Lightroom.

    Adakah anda sudah bersedia untuk pelancarannya? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured