More

    Xiaomi 13 Ultra bakal dilancarkan secara global pada 7 Jun ini

    Selepas pelancaran awal di China, Xiaomi 13 Ultra bersedia untuk membuat kemunculannya untuk peringkat global. Xiaomi telah mengumumkan secara rasmi acara yang dijadualkan pada hari Rabu, 7 Jun, di mana butiran harga dan ketersediaan untuk Xiaomi 13 Ultra akan diumumkan.

    Peranti ini telah mendapat perhatian kerana keupayaan kameranya yang mengagumkan dan memperoleh gelaran telefon pintar kamera paling serba boleh. Xiaomi 13 Ultra versi global akan tersedia dalam konfigurasi tunggal untuk pasaran global dengan menawarkan RAM 12GB dan 512 GB storan.

    Xiaomi 13 Ultra mempunyai paparan AMOLED LTPO 6.73 inci dengan resolusi Quad HD+, kadar penyegaran 120Hz dan pengimbas cap jari bawah paparan. Dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 2, RAM LPDDR5x dan storan UFS 4.0. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan untuk pengecasan pantas 90W dan wayarles 50W.

    Xiaomi 13 Ultra menggunakan kamera swafoto 32MP. Bahagian belakang terdapat kamera utama Sony IMX989 1-inci 50MP, ultra lebar 50MP, telefoto 5MP dengan penstabilan imej optik (OIS) dan periskop 50MP dengan OIS serta zum optik 5x. Nantikan kemunculannya pada 7 Jun ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured