More

    Xiaomi 13 Ultra mungkin dilancar secara global, miliki sensor kamera 1 inci dan pengecasan 200W

    Nampaknya, Xiaomi 13 Ultra mungkin dilancarkan secara global pada November ini dan beberapa butiran telah pun dikongsi oleh sumber yang boleh dipercayai, Stesen Sembang Digital. 

    Mereka mendakwa peranti tersebut akan membawa sensor utama 1 inci, cipset Snapdragon 8 Gen 2 serta pensijilan dan penambahbaikan Leica. Sensor utama akan mempunyai resolusi 50MP, sensor telefoto dan ultra lebar akan mempunyai resolusi 48MP.

    Xiaomi 13 Ultra mungkin menyokong pengecasaran pantas pada 120W hingga 200W. Walaupun Xiaomi telah diberikan kelulusan untuk teknologi pengecasan pantas 210W, mereka memilih untuk menggunakan versi 200W pada 13 Ultra. Ujian dalaman menunjukkan peranti boleh mengecas bateri daripada kosong sehingga penuh dalam masa 8 minit. 

    Kamera swafoto peranti menampilkan lubang tebuk (punch-hole) di bahagian atas tengah paparan manakala badannya dibina oleh BYD dengan badan seramik yang telah diuji. Telefon pintar ini boleh mendayakan pengecasan wayarles 50W dan sejajar dengan IC pengecasan pantas yang dibangunkan sendiri oleh syarikat itu.

    Selain itu, Xiaomi 13 Pro seterusnya akan membawa paparan Samsung E6 6.7 inci dengan resolusi skrin 2K dan kadar penyegaran semula 120Hz. Edisi standard siri Xiaomi 13 akan mempunyai skrin fleksibel 2.5D 6.36 inci dengan bezel yang nipis dan kadar penyegaran semula 120Hz. 

    Namun, seperti biasa ini hanyalah sekadar khabar angin dan masih belum disahkan secara rasmi oleh pihak Xiaomi sendiri. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured