More

    Xiaomi 13T dan 13T Pro akan terima 4 kemas kini Android dan 5 tahun tampung keselamatan

    Baru-baru ini, Xiaomi secara rasmi mengumumkan tarikh keluaran Xiaomi 13T dan 13T Pro. Kedua-dua model ini akan diperkenalkan pada acara khas di Berlin, Jerman pada 26 September. Pengarah Komunikasi Xiaomi, Daniel Desjarlais telah mendedahkan tempoh sokongan kemas kini perisian bagi kedua-dua telefon.

    Xiaomi 13T dan 13T Pro akan menerima empat kemas kini Android utama dan lima tahun tampung keselamatan. Langkah Xiaomi adalah setanding dengan Samsung tetapi kekerapan kemas kini sedikit perlahan. Samsung mengeluarkan kemas kini keselamatan setiap bulan, manakala Xiaomi mengeluarkannya setiap dua bulan. 

    Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa peningkatan utama pertama ialah Android 14 yang bermaksud jika Xiaomi melancarkan Android 14 dalam beberapa bulan dan membuat janji kemas kini yang sama, pengguna akhirnya boleh menaik taraf sehingga Android 18.

    Xiaomi 13T Pro akan dilengkapi dengan cipset MediaTek Dimensity 9200+ menggunakan proses 4nm generasi kedua TSMC di mana frekuensi utama teras ultra-besar X3 telah ditingkatkan kepada 3.35GHz dan tiga frekuensi teras besar juga telah ditingkatkan kepada 3GHz. AnTuTu menunjukkan markah ujian melebihi 1.36 juta mata. 

    Perlu dinyatakan bahawa Xiaomi 13T Pro sepatutnya menjadi versi yang dinamakan semula kepada Redmi K60 Extreme Edition yang telah dikeluarkan di China. Bagi 13T pula akan dilengkapi dengan paparan AMOLED 6.67 inci dengan resolusi 1.5K dan kadar penyegaran 144Hz serta dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 8200 Ultra.

    Untuk kesahihan spesifikasi, kita perlu menunggu sehingga ia dilancarkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured