More

    Xiaomi 14 Ultra rasmi dengan SD 8 Gen 3, skrin OLED 2K 6.73″ dan kamera quad 50MP bermula ~RM4,314

    Xiaomi akhirnya mengumumkan telefon andalan yang paling ditunggu-tunggu iaitu Xiaomi 14 Ultra yang dilancarkan secara rasmi bersama Pad 6S Pro. Xiaomi 14 Ultra menampilkan paparan 2K OLED C8 LTPO 6.73 inci dengan resolusi 3200 x 1440 piksel, kecerahan puncak 3000 nits dan ketumpatan piksel 522 PPI.

    Ia menawarkan gamut warna yang luas (P3) dan menyokong format HDR seperti Dolby Vision serta HDR Vivid. Paparan ini menawarkan kadar penyegaran adaptif antara 1Hz hingga 120Hz dan menggunakan teknologi kedalaman warna 12-bit. Selain itu, paparan diperakui oleh TÜV Rheinland untuk perlindungan mata dan menampilkan bingkai aloi aluminium berkekuatan tinggi.

    Xiaomi 14 Ultra dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 3 dan hadir dengan ruang penyejukan cecair 4000mm² untuk pengurusan haba. Ia ditawarkan dalam tiga varian storan iaitu 12/256GB, 16/512GB dan 16/1TB (LPDDR5X dan UFS 4.0). Peranti ini berjalan pada HyperOS berasaskan Android 14.

    Daripada segi kamera, 14 Ultra dilengkapi dengan sistem empat kamera kesemuanya dengan lensa Leica Summilux termasuk kamera utama 50MP Sony LYT-900 1 inci dengan OIS dan apertur berubah-ubah f/1.63-f/4.0, sudut ultra lebar 50MP dengan apertur f/1.8, telefoto potret 50MP dengan OIS, apertur f/1.8 dan pembesaran 3.2X serta telefoto periskop 50MP dengan OIS, apertur f/2.5 dan pembesaran 5X.

    Untuk swafoto, ia menggunakan kamera hadapan 32MP. Xiaomi memperkenalkan AISP iaitu platform fotografi pengiraan model besar AI yang pertama dengan ciri seperti ULTRA SNAP untuk tangkapan pantas, ULTRA RAW untuk imej asli berkualiti tinggi dan ULTRA ZOOM untuk keupayaan zum lanjutan.

    Peranti ini juga memperkenalkan komunikasi dwi satelit Xiaomi dan menggabungkan cip peningkatan isyarat Xiaomi sendiri, Surge T1. Peranti ini mempunyai pengimbas cap jari pada paparan dan penderia inframerah untuk keselamatan dan kefungsian yang dipertingkatkan. Untuk audio, ia menyokong audio Hi-Res, pembesar suara stereo dan Dolby Atmos.

    Peranti ini mempunyai kapasiti bateri 5,300mAh dengan pengecasan pantas 90W dan pengecasan wayarles 50W. Xiaomi 14 Ultra hadir dalam warna Hitam dan Putih di samping pengenalan semula versi seramik Biru yang dipanggil Dragon Crystal Blue.

    Harga bermula pada 6,499 Yuan (~RM4,314) untuk varian 12/256GB, 6,999 Yuan (~RM4,646) untuk varian 16/512GB, 7,799 Yuan (~RM5,177) untuk varian 16/1TB dan 8,799 Yuan (~RM5,840) untuk varian 16/1TB edisi khas logam titanium. Ia berkemungkinan bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada Xiaomi Malaysia.

    "
    "

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...