More

    Xiaomi 15 Ultra bawa kamera periskop telefoto 200MP, dijangka dilancar awal tahun 2025

    Siri Xiaomi 15 terdiri daripada tiga model utama iaitu Xiaomi 15, 15 Pro dan 15 Ultra yang akan dilancarkan pada 20 Oktober ini. Xiaomi 15 dan 15 Pro dijangka tiba pada bulan ini manakala model Ultra dijangka muncul pada suku pertama 2025.

    Ketiga-tiga telefon ini akan menggunakan cipset Snapdragon 8 Elite dengan fokus utama pada keupayaan kamera. Model Ultra dijangka menawarkan prestasi fotografi yang lebih hebat dengan kamera periskop telefoto 200MP dengan kemungkinan besar menggunakan sensor Samsung ISOCELL HP9 seperti yang terdapat pada vivo X100 Ultra. Kamera ini dijangka mempunyai panjang fokus 100mm, apertur f/2.6 dan zum optik 4.3x.

    Kebocoran tambahan menyatakan bahawa Xiaomi 15 Ultra juga akan dilengkapi dengan kamera utama LYT-900 50MP dengan sokongan OIS serta dua sensor Sony IMX858 50MP untuk ultra lebar dan telefoto, sama seperti Xiaomi 14 Ultra. Peningkatan utama hanyalah kamera periskop baru. Xiaomi 15 Ultra dijangka dilancarkan selepas Tahun Baru Cina 2025, sekitar Februari atau dalam suku pertama 2025.

    Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured