More

    Xiaomi 15 & Xiaomi 15 Ultra dilancar di Malaysia: SD 8 Elite, kamera Leica, AMOLED 120Hz bermula RM3,499

    Xiaomi hari ini melancarkan siri telefon pintar andalannya (flagship) yang terbaru untuk tahun 2025 iaitu Xiaomi 15 dan Xiaomi 15 Ultra. Kedua-dua telefon ini dilengkapi spesifikasi tercanggih untuk telefon Android pada tahun ini, dan varian Ultra menawarkan prestasi fotografi yang dipertingkat.

    Kedua-dua varian dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite yang menawarkan prestasi pantas, sistem penyejukan Xiaomi IceLoop untuk mengawal suhu telefon sewaktu melakukan tugas yang berat serta kadar pengecasan pantas 90W HyperCharge.

    Ia juga dilengkapi pelbagai fungsi Xiaomi HyperAI seperti AI Writing, AI Speech Recognition, AI Image Enhancement, AI Image Expansion, AI Eraser Pro, AI Reflection Removal, AI Magic Sky dan AI Film. Pengguna juga boleh sepadukan telefon dengan Google Gemini untuk akses pantas kepada Xiaomi Notes, Xiaomi Calendar dan Xiaomi Clock. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai kedua-dua telefon:

    Xiaomi 15 Ultra

    Telefon ini menampilkan skrin AMOLED berukuran 6.73 inci dengan resolusi WQHD+ (3200×1440), ketumpatan piksel 522 ppi dan kecerahan puncak 3,200 nits untuk memberikan pengalaman visual yang menarik. Skrinnya dibuat daripada kaca Xiaomi Shiled Glass 2.0 yang menawarkan ketahanan lebih tinggi sebanyak 16 kali ganda berbanding Xiaomi 13 Ultra.

    Tarikan utama telefon ini adalah pada kameranya yang menawarkan jarak fokal daripada 14mm hingga 200mm. Di belakang, kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony LYT-900 dan lensa Leica Summilux f/1.63, kamera telefoto Leica 50MP (70mm), kamera telefoto Leica 200MP (100mm) dan kamera ultra-lebar Leica 50MP (14mm).

    Untuk video, ia boleh merakam video pada resolusi 4K dengan kadar bingkai sehingga 120fps. Ia juga mempunyai penstabilan imej optikal (OIS) dan elektronik (EIS) bagi merakam video yang lebih stabil. Untuk mereka yang inginkan rakaman lebih sinematik, telefon ini boleh rakam video Dolby Vision 4K 60fps dengan 10-bit Log pada semua jarak fokal.

    Ia juga mempunyai empat mikrofon untuk merakam audio yang lebih jelas daripada semua arah, atau anda boleh pilih sendiri arah audio yang ingin difokuskan.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Xiaomi 15 Ultra:

    "
    "
    • Skrin AMOLED 6.73 inci, resolusi 3200×1440, kadar segar semula 1-120Hz, kecerahan puncak 3,200 nits
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite
    • RAM LPDDR5X 16GB
    • Storan dalaman UFS 4.1 512GB atau 1TB
    • Kamera utama 50MP + kamera telefoto Leica 50MP (70mm) + kamera telefoto periskop 200MP (100mm) + kamera ultra-lebar 50MP
    • Kamera hadapan 32MP
    • Bateri 5,410mAh
    • Pengecasan pantas 90W, pengecasan wayarles 80W
    • Pembesar suara stereo Hi-Res, Dolby Atmos
    • Sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0
    • Sistem operasi Android 15 dengan Xiaomi HyperOS 2
    • Pilihan warna hitam, putih dan Silver Chrome
    • Rating kalis air IP68
    • Harga:
      • 16GB + 512GB: RM5,199
      • 16GB + 1TB: RM5,699

    Telefon ini juga dijual dengan pakej khas Xiaomi 15 Ultra Photography Kit Legend Edition yang menawarkan sarung khas dengan hiasan berwarna merah, UI khas untuk mod Fastshot, butang shutter, tempat letak ibu jari, ruang adapter untuk filter 67mm dan bateri tambahan 2,000mAh.

    Xiaomi 15

    Jika Xiaomi 15 Ultra dibina khas untuk penggemar fotografi, Xiaomi 15 pula lebih dikhaskan untuk para pengguna umum. Telefon ini dilengkapi skrin CrystalRes AMOLED berukuran 6.36 inci dengan resolusi 2670×1200 untuk menghasilkan ketumpatan piksel setinggi 460 ppi, serta kecerahan puncak setinggi 3,200 nits untuk tontonan visual yang setaraf dengan Xiaomi 15 Ultra.

    Sempadan bezel di sekeliling skrin sekadar 1.38mm sahaja, bagi menghasilkan nisbah skrin-ke-badan setinggi 94% yang bermaksud hampir seluruh bahagian hadapan dipenuhi dengan skrin. Ia juga mempunyai pengiktirafan TÜV Rheinland untuk pancaran cahaya biru rendah, bebas kelipan (flicker free) dan Circadian Friendly untuk pengalaman tontonan yang selesa pada mata.

    Kameranya masih mempunyai kebolehan yang canggih, dengan jarak fokal antara 14mm hingga 120mm. Kamera utamanya menggunakan lensa Leica Summilux f/1.62, sensor Light Fusion 900 dan menawarkan jarak fokal 23mm, 28mm dan 35mm. Ia turut mempunyai kamera telefoto Leica 50MP dengan jarak fokal 60mm, serta kamera ultra-lebar 50MP.

    Antara fungsi yang baru termasuklah Fastshot untuk pengambilan gambar sepantas 0.6 saat, rakaman video 8K 30fps dan rakaman Dolby Vision 4K 60fps pada semua jarak fokal.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Xiaomi 15:

    • Skrin AMOLED 6.36 inci, resolusi 2670×1200, kadar segar semula 1-120Hz, kecerahan puncak 3,200 nits
    • Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite
    • RAM LPDDR5X 12GB
    • Storan dalaman UFS 4.0 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 50MP + kamera telefoto Leica 50MP (60mm) + kamera ultra-lebar 50MP
    • Kamera hadapan 32MP
    • Bateri 5,240mAh
    • Pengecasan pantas 90W, pengecasan wayarles 50W
    • Pembesar suara stereo Hi-Res, Dolby Atmos
    • Sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0
    • Sistem operasi Android 15 dengan Xiaomi HyperOS 2
    • Pilihan warna hitam, putih, hijau dan Liquid Silver
    • Rating kalis air IP68
    • Harga:
      • 12GB + 256GB: RM3,499
      • 12GB + 512GB: RM3,699

    Pra-tempahan untuk Xiaomi 15 dan Xiaomi 15 Ultra di Malaysia akan dibuka pada 2 Mac hingga 7 Mac di laman web Xiaomi, Shopee dan Lazada. Setiap pra-tempahan akan disediakan dengan hadiah percuma bernilai RM3,300, termasuklah Xiaomi 15 Ultra Photography Kit Legend Edition (untuk Xiaomi 15 Ultra sahaja).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured