More

    Xiaomi akan keluarkan dua lagi telefon Redmi dengan kamera 108MP tahun 2021

    Pada penghujung tahun 2019, Xiaomi telah memperkenalkan Xiaomi Mi Note 10 dengan spesifikasi kamera 108MP. Sumber kini melaporkan bahawa Xiaomi bakal mengeluarkan dua lagi model dengan kamera 108MP di bawah jenamanya, dan dua lagi model di bawah nama Redmi pada tahun 2021.

    Maklumat ini diperoleh daripada pendedah maklumat terkenal di laman carian Weibo. Menurutnya, terdapat beberapa lagi telefon baharu dengan kamera 108MP. Dua model akan datang dari Xiaomi sendiri dan dua lagi model dari Redmi. Dalam barisan peranti baharu ini, akan ada peranti yang hadir dengan Snapdragon 888. Kami mengandaikan ianya mungkin Xiaomi Mi 11 dan Xiaomi Mi Note 11.

    Apa yang menariknya adalah peranti Redmi dengan kamera 108MP. Perkara ini tidak mustahil kerana tahun ini Redmi telah melancarkan Redmi Note 9 Pro 5G dengan kamera 108MP. Kami pernah mengandaikan tentang peranti dengan harga lebih berpatutan bakal hadir bersama spesifikasi yang lebih tinggi bertahap andalan (flagship).

    Apakah pandangan anda pula mengenai hal ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak berita lepas mengenai siri Xiaomi Mi 11 yang mungkin dilancar pada bulan Disember ini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...