More

    Xiaomi akan perkenalkan prototaip kereta elektrik pertama pada Ogos 2022

    Pengasas Xiaomi, Lei Jun, mengumumkan bahawa syarikat itu akan memperkenalkan prototaip untuk kereta elektriknya (EV) yang pertama pada bulan Ogos 2022. Kenderaan itu direka oleh HVST Automobile Design iaitu syarikat sama yang telah mereka bentuk kereta konsep Maven oleh WM Motor.

    Selepas prototaip itu didedahkan, kereta itu akan diuji terlebih dahulu untuk kegunaan di jalan raya serta kegunaan dalam musim sejuk. Mereka juga telah pun mempunyai pengarah hubungan awam dan kempen pemasaran bagi mempromosikan kenderaan tersebut.

    Sungguh pun begitu, kereta elektrik ini tidak akan ditawarkan secara komersial dalam masa terdekat. Xiaomi merancang untuk menghasilkan kenderaan elektrik pertama secara besar-besaran bermula 2024 dan akan membina kilang kenderaan elektrik di Yizhuang yang boleh menghasilkan 300,000 kenderaan setahun.

    Pada Mac 2021, Xiaomi mengumumkan bahawa mereka akan menceburi industri kereta elektrik dan melabur sebanyak RMB10 bilion untuk sepuluh tahun akan datang. Lei Jun telah pun meluangkan hampir dua pertiga daripada masanya di ibu pejabat Xiaomi Auto bagi memastikan projek ini boleh disiapkan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNEV Post

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured