More

    Xiaomi bakal melancarkan TV OLED generasi kedua, tersedia dalam 2 saiz

    Xiaomi baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan mengadakan acara pelancaran pada 10 Ogos di mana Mi Mix 4 akan menjadi produk tumpuan. Selain daripada Mi Mix 4, jenama ini juga akan melancarkan Mi Pad 5, pembesar suara pintar andalan dan TV pintar OLED generasi baharu.

    Xiaomi melancarkan TV pintar OLED pertamanya tahun lalu iaitu siri Mi TV Masters. TV OLED ini akan menjadi TV OLED kedua daripada jenama tersebut dengan poster pengacah baru-baru ini yang menyatakan bahawa ia akan “memperkenalkan TV OLED lagi.”

    Walaupun perincian halus TV OLED masih belum dikongsi, TV OLED Xiaomi generasi kedua ini telah siap sedia untuk ditempah di China melalui laman sesawang Jingdong (JD.com). Halaman sesawang produk ini menunjukkan bahawa TV pintar akan tersedia dalam dua saiz iaitu 55 inci dan 65 inci.

    Namun, perlu diingat bahawa Mi TV Master Series yang dilancarkan tahun lalu hanya tersedia dalam ukuran paparan 65 inci. Mi OLED TV generasi pertama juga mempunyai resolusi 4K 3840 × 2160 piksel, menyokong kadar penyegaran 120Hz, MEMC motion compensation, kadar penyegaran berubah-ubah (VRR) dan peralihan automatik mod gaming (ALLM). Ia menggunakan reka bentuk layar penuh empat sisi tanpa bingkai dengan nisbah 98.8% skrin-ke-badan.

    Ciri-ciri lain yang terdapat pada siri Mi TV Master OLED 65 inci ini termasuk tapak yang diperbuat daripada kaca, RGB di bahagian bawah, alat kawalan jauh logam, peredupan DC, paparan sentiasa hidup (AOD) dan mod gaming profesional. Kami mengharapkan lebih banyak lagi ciri premium untuk Mi OLED TV ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan TV pintar Xiaomi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured