More

    Xiaomi bakal melancarkan varian baharu Mi MIX Fold?

    Mac lalu, Xiaomi telah melancarkan Mi MIX Fold iaitu telefon pertamanya yang boleh dilipat. Pada bulan Mei, dilaporkan bahawa syarikat itu sedang giat menghasilkan versi baharu Mi MIX Fold dan selang beberapa bulan kemudian, telefon Xiaomi dengan nombor model 21081018SC muncul di pangkalan data IMEI.

    Kini, sumber yang boleh dipercayai mendakwa bahawa model 20181018SC adalah siri andalan Mi MIX baharu. Memandangkan Xiaomi telah melancarkan Mi MIX 4 baru-baru ini, telefon nombor model 20181018SC mungkin adalah varian baharu Mi MIX Fold.

    Sumber tersebut juga tidak berkongsikan sebarang maklumat mengenai peranti baharu ini. Mi MIX Fold sebelum ini didatangkan dengan spesifikasi andalan, namun tidak mempunyai skrin penyegar semula yang tinggi. Khabar angin mengatakan bahawa Mi MIX Fold varian baharu akan hadir dengan beberapa penambahbaikan namun menggunakan reka bentuk yang sama.

    Oleh itu, varian baharu Mi MIX Fold mungkin akan hadir dengan kadar segar semula 90Hz atau 120Hz dan menggunakan kamera swafoto di bawah skrin. Spesifikasi lainnya mungkin sama dengan model sebelumnya tetapi hadir dengan cip Snapdragon 888 Plus yang terbaharu.

    Mi MIX Fold sebelum ini mempunyai paparan skrin hadapan AMOLED 90Hz 6.52 inci dan skrin AMOLED 60Hz 8.01inci apabila dibuka. Ia dikuasakan oleh Snapdragon 888, RAM 16 GB dan bateri 5,020mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W.

    Ia juga menawarkan storan dalaman 512 GB, antara muka MIUI12 atas Android 11, kamera swafoto 20MP dan tiga kamera belakang (108MP + 8MP + 13MP).

    Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured