More

    Xiaomi bakal perkenal HyperOS 3 dengan antaramuka “Liquid Glass”

    Xiaomi dilaporkan sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan pengalaman perisian terbaharu menerusi HyperOS 3 yang dijangka dilancarkan pada Oktober 2025 bersama siri Xiaomi 16. Menurut sumber yang dipercayai, HyperOS 3 (juga dikenali sebagai HyperOS 26) bakal hadir dengan perubahan besar daripada segi reka bentuk antaramuka yang menampilkan gaya visual baharu diinspirasikan daripada antara muka “Liquid Glass” milik Apple.

    Antara perubahan utama ialah penggunaan kesan kabur beku (frosted blur) dan ikon berkilat menjadikan keseluruhan sistem tampak lebih premium dan halus. Berbeza dengan pendekatan Apple yang menonjolkan cahaya dan kilauan, Xiaomi lebih memberi tumpuan kepada kedalaman visual dan kemudahan membaca.

    HyperOS 3 juga akan menampilkan:

    • Pusat Kawalan (Control Center) yang direka semula sepenuhnya
    • Ikon aplikasi sistem yang lebih konsisten dan bergaya
    • Bar carian utama pada skrin utama yang lutsinar seperti kaca
    • Ikon bateri dan Wi-Fi yang dikemas kini
    • Animasi yang lebih lancar dan moden

    Beberapa perubahan kecil ini telah diuji lebih awal melalui tinjauan pelancar Xiaomi yang memberi petunjuk kepada arah reka bentuk baharu yang sedang dibangunkan. Bagi peminat yang tidak sabar untuk mencuba rupa baharu ini, beberapa elemen visual boleh diuji melalui aplikasi seperti MemeOS Enhancer atau diikuti perkembangan terkini melalui laman HyperOSUpdates.com.

    Mampukah HyperOS 3 menarik perhatian pengguna dan mengatasi pesaing utama seperti Samsung dengan One UI 8 mereka? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: XiaomiTime

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...