More

    Xiaomi Black Shark 4 muncul dalam Google Play Console, bakal dilengkapi cipset Snapdragon 835?

    Xiaomi kini sedang menghasilkan telefon gaming terbaru mereka iaitu Black Shark 4 dan ianya dikhabarkan akan memasuki pasaran tidak lama lagi. Terbaru, peranti ini telah muncul di Google Play Console dengan beberapa spesifikasi pentingnya.

    Berdasarkan sumber, Black Shark 4 akan hadir dengan RAM 8GB serta perisian Android 11 dari dalam kotak. Penyenaraian tersebut juga menunjukkan bahawa Black Shark 4 ini bakal dilengkapi skrin dengan nisbah 20:9 serta resolusi FullHD+.

    Sedikit pelik, cipset yang digunakan oleh peranti ini adalah Qualcomm Snapdragon 835. Ini sememangnya adalah kesilapan kerana sebelum ini markah AnTuTu untuk Black Shark 4 telah muncul di dalam talian (hampir 800,000).

    Jadi, Black Shark 4 ini berkemungkinan besar akan hadir dengan cipset andalan Snapdragon 888. Selain itu, ia juga dijangka akan hadir dengan pengecasan pantas 120W dengan bateri 4,500 mAh. Dengan kelajuan pengecasan ini, ia dapat mengecas penuh bateri peranti dalam masa 15 minit sahaja.

    Lihat berita lepas mengenai peranti Xiaomi Black Shark 4.

    Adakah anda menantikan peranti gaming dari Xiaomi ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured