More

    Xiaomi Buds 3T Pro dan Smart Air Purifier 4 Series dilancar di Malaysia, miliki ciri kemas kini terbaharu

    Xiaomi turut melancarkan fon telinga terbaharunya dalam barisan produk terbaharu bagi pasaran Malaysia iaitu Xiaomi Buds 3T Pro. Xiaomi Buds 3T Pro menggunakan kombo inovatif kemajuan perkakasan dan perisian termasuk pemacu dinamik dwi-magnet 10mm dengan salutan DLC serta sokongan untuk codec audio LHDC 4.0.

    Xiaomi Buds 3T Pro mempunyai tiga mod ANC berdasarkan keperluan individu dan mencapai prestasi pembatalan hingar yang luar biasa sehingga 40dB. Mod penyesuaian membolehkan fon telinga menukar mod secara automatik berdasarkan tahap hingar ambien manakala mod ketelusan membolehkan pengguna untuk sentiasa mendengar persekitaran mereka semasa bergerak.

    Selain itu, Xiaomi Buds 3T Pro tampil dengan fungsi audio dimensi dikemas kini yang mencipta pementasan muzik 360 darjah sama seperti duduk dalam teater atau konsert. Peranti ini turut menyokong mod pergerakan kepala semasa mendengar lagu. Ia membolehkan setiap butiran bunyi mengekalkan kedudukannya semasa pendengar menggerakkan kepala mereka.

    Selain itu, Xiaomi Buds 3T Pro menyokong sambungan dwi-peranti yang pengguna boleh menjawab panggilan telefon dengan mudah sambil disambungkan ke komputer riba mereka secara serentak. Dengan sekali pengecasan ia boleh bertahan sehingga 6 jam main balik atau 24 jam dengan sarung pengecasan. Ia juga hadir dengan pengecasan tanpa wayar.

    Meraikan lebih 16 juta penghantaran di seluruh dunia, Xiaomi hari ini turut menaik taraf Xiaomi Smart Air Purifier 4 Series yang terkenal dengan tiga varian baharu iaitu Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro, 4 dan 4 Lite. Siri serba baharu ini menjanjikan persekitaran udara dalaman yang lebih sihat, bersih dan kurang alergen sepanjang tahun.

    Varian teratas iaitu Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro menampilkan sistem penapisan 3-dalam-1 yang menggabungkan cas elektrostatik dan teknologi penapisan mekanikal untuk memerangkap 99.97% bahan pencemar udara sekecil 0.3 mikron.

    Untuk memastikan kecekapan penapisan yang maksimum, model Pro menyepadukan kedua-dua sensor PM2.5 dan PM10 untuk mengesan dengan tepat zarah yang boleh disedut dengan saiz yang berbeza. Fungsi pengion telah ditambah untuk membantu menangkap bahan pencemar yang terapung di udara. Di samping itu, Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro menawarkan 500m3/j PCADR dan 185m3/j FCADR bermakna ia boleh menapis udara ruang tamu seluas 40m2 sepenuhnya setiap 15 minit.

    Paparan sentuhan OLED boleh menunjukkan paparan AQI, suhu dan statistik kelembapan sepintas lalu serta pelarasan pantas dalam beberapa sentuhan sahaja. Pengguna juga boleh mengawal peranti dari jauh menggunakan Aplikasi Xiaomi Home. Ia juga boleh diberikan arahan menggunakan Google Assistant.

    "
    "

    Xiaomi Buds 3T Pro akan dijual pada harga RM549 dan Xiaomi Smart Air Purifier 4 Pro, 4, dan 4 Lite akan tersedia pada harga RM599, RM799 dan RM1099. Bagi mereka yang berminat kepada Xiaomi Buds 3T Pro, anda boleh mendapatkan fon telinga baharu itu dengan diskaun sebanyak RM50 pada harga RM499 dari 16 hingga 24 Mac 2022.

    Semua produk Xiaomi baharu boleh didapati di Kedai Sah Xiaomi terpilih di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan mengikuti perkembangan terkini, sila ikuti halaman Facebook atau Instagram Xiaomi Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...