More

    Xiaomi buka pusat R&D EV di Munich, sasar pasaran Eropah 2027

    Xiaomi mengumumkan pembukaan Xiaomi EV Europe Research and Development and Design Center di Munich yang menandakan langkah penting dalam memperkukuh strategi automotif global. Pusat baharu ini adalah fasiliti penyelidikan dan rekabentuk kenderaan elektrik (EV) pertama Xiaomi di luar China.

    Ia akan memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi EV, inovasi rekabentuk dan menyesuaikan produk dengan piawaian serta citarasa pasaran Eropah. Menurut Xiaomi, pusat tersebut kini bermula dengan kira-kira 50 kakitangan dengan beberapa jawatan tambahan dibuka untuk memperkukuh operasi tempatan.

    Pasukan yang ditubuhkan dijangka melibatkan pakar industri bagi menyokong pembangunan model berprestasi tinggi dan operasi runcit di rantau Eropah. Pemilihan Munich sebagai lokasi bukan kebetulan kerana bandar itu terkenal sebagai hab automotif Eropah dengan akses luas kepada kepakaran kejuruteraan dan rekabentuk.

    Langkah ini dilihat sebagai strategi jangka panjang Xiaomi untuk menembusi pasaran automotif Eropah menjelang tahun 2027. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured