More

    Xiaomi Civi 3 dilancar: Dimensity 8200 Ultra dan dwi-kamera swafoto 32MP OIS bermula ~RM1,638

    Xiaomi Civi 3 kini rasmi di China dan ia membawakan cipset Dimensity 8200 Ultra pertama yang menampilkan spesifikasi asas sama seperti Dimensity 8200 standard tetapi dengan penyesuaian kepada pemprosesan isyarat imej (ISP) oleh Xiaomi dan MediaTek.

    Civi 3 memfokuskan pada pengalaman kamera dengan dua kamera menghadap ke hadapan 32MP yang ditempatkan dalam potongan berbentuk pil bersama denyar LED. Kamera swafoto utama menampilkan OIS dan autofokus manakala modul kedua menampilkan sudut 100 darjah yang lebih luas dan rakaman video sehingga 4K.

    LED berkelip pada bahagian hadapan menggunakan AI untuk mensimulasikan kesan pencahayaan daripada sejuk hingga hangat untuk menghasilkan warna yang lebih realistik pada swafoto anda. Bahagian belakang peranti terdapat kamera utama IMX800 50MP dengan 1.0μm piksel besar dan OIS, ultra lebar 8MP dan modul makro 2MP.

    Paparannya menggunakan AMOLED 6.55 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran 120Hz. Panel ini dilindungi oleh Gorilla Glass 5 dan menampilkan sehingga 1,500 nits kecerahan puncak. Xiaomi Civi 3 membawakan pilihan RAM LPDDR5X 12GB atau 16GB dan sehingga storan UFS 3.1 1TB serta bateri 4,500 mAh dengan pengecasan berwayar 67W.

    Perisiannya menggunakan MIUI 14 berdasarkan Android 13. Xiaomi Civi 3 datang dalam warna ungu, hijau, emas dan kelabu. Model asas 12/256GB berharga CNY 2,499 (~RM1,638) manakala varian 16/1TB berhargaa CNY 2,999 (~RM1,965). Jualan bermula di China pada 31 Mei dan belum dipastikan bila ia akan dipasarkan untuk pasaran global.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured