More

    Xiaomi Civi 4 Pro rasmi sebagai telefon pertama dengan Snapdragon 8s Gen 3, bermula ~RM1,967

    Xiaomi hari ini telah melancarkan Civi 4 Pro di China secara rasmi dan muncul sebagai telefon pertama dengan cipset Snapdragon 8s Gen 3. Telefon ini mempunyai tiga kamera berjenama Leica di bahagian belakang, dwi kamera swafoto 32MP di hadapan dan badan yang nipis serta ringan.

    Xiaomi Civi 4 Pro menampilkan paparan AMOLED 6.55 inci dengan resolusi 2,750 x 1,236 piksel, kadar penyegaran 120Hz, kadar pensampelan sentuhan 240Hz, kecerahan puncak 3,000 nits dan dilindungi oleh Gorilla Glass Victus 2.

    Dwi kamera swafoto 32MP mempunyai ciri seperti apertur FoV f/2.0, 78 darjah serta ultralebar FoV 100 darjah dan apertur f/2.4. Kamera utama 50MP pada bahagian belakang mempunyai f/1.63 OmniVision Light Fusion 800 yang distabilkan OIS lensa Leica Summilux.

    Telefon ini juga hadir dengan kamera potret Samsung JN1 50MP, telefoto dengan apertur f/1.98, ultra lebar 12MP dengan medan pandangan 120°, apertur f/2.2 dan kamera potret 50MP (zum telefoto 2x). Terdapat satu denyar LED yang melengkapkan pembentukan segi empat sama dalam pulau kamera.

    Civi 4 Pro mempunyai bateri 4,700 mAh dengan sokongan pengecasan 67W. Antara muka pengguna adalah HyperOS bedasarkan Android 14. Ia ditawarkan dalam empat warna seperti Wild Green, Soft Mist Pink, Breeze Blue dan Starry Black. Civi 4 Pro ditawarkan dalam dua varian iaitu 12/256GB atau 12/512GB dan harga permulaan ialah CNY2,999 (~RM1,967).

    Terdapat juga Edisi Khas 16/512GB yang akan tersedia pada harga CNY3,599 (~RM2,361). Pada masa ini, tiada maklumat mengenai ketersediaan global. Walau bagaimanapun, laporan baru-baru ini menunjukkan bahawa telefon itu akan datang ke India tidak lama lagi.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xiaomi Civi 4 Pro ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomi

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...