More

    Xiaomi CyberDog dilancar: Anjing robot ala Boston Dynamic versi murah, berharga ~RM6,539

    Selain dari tablet Mi Pad 5 dan telefon pintar MIX 4, Xiaomi juga turut memperkenalkan sebuah lagi produk yang menarik iaitu CyberDog. Ia adalah seekor anjing robot yang mempunyai empat kaki. Reka bentuknya dilihat hampir sama seperti anjing robot terkenal dari syarikat Boston Dynamic.

    Mengikut Xiaomi, CyberDog adalah sebuah robot yang dikuasai oleh NVIDIA Jetson Xiavier NX AI Supercomputer for Embedded and Edge Systems dan ia digabungkan dengan storan SSD 128GB. Anjing robot ini mempunyai prestasi sepantas 21 TOPS.

    Di muka robot ini, terdapat pelbagai kamera, mikrofon dan sensor seakan-akan mata dan telinga anjing sebenar. Sensor yang diletakkan termasuklah kamera AI, kamera binokular ultra lebar dan sensor kedalaman Intel RealSense D450 yang memudahkan pengerakan robot ini. Ia juga mempunyai pengesanan peta SLAM dan penjejakan automatik.

    CyberDog boleh dikawal dengan tiga cara iaitu melalui aplikasi telefon pintar, pengawalan suara dan alat kawalan jauh. Buat masa ini, hanya sebilangan telefon pintar yang menyokong robot ini. Xiaomi menjelaskan lebih banyak akan menyokong pada masa hadapan.

    Robot anjing ini dapat melakukan beberapa pergerakan termasuklah berlari, melompat ke kanan dan kiri dan menyusur ke hadapan. Ia juga mampu untuk melakukan backflip, berguling dan duduk dengan kaki belakangnya. Ia juga mempunyai kelajuan jalan 3.2 m/s dan muatan maksima 3kg.

    Sistem XiaoAI yang dibina di dalam robot ini juga boleh digunakan oleh mengawal aplikasi rumah pintar seperti televisyen, penyedut habuk vakuum dan penapis udara.

    Berbeza dengan anjing Boston Dynamic yang dijual pada harga $74,500 (~RM315,768), CyberDog dijual pada harga 9,999 Yuan (~RM6,539).

    Adakah berminat dengan robot ini sekiranya masuk ke pasaran Malaysia? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured