More

    Xiaomi dilapor sedang bangunkan cip buatan sendiri, mungkin lancar tahun depan

    Xiaomi kini dilapor sedang membangunkan cipset buatan sendiri untuk mengurangkan kebergantungan kepada Qualcomm dan MediaTek. Cip ini dijangka mula dihasilkan secara besar-besaran pada 2025 dan telefon pintar pertama yang menggunakannya akan dilancarkan pada tahun yang sama.

    Langkah ini diambil selepas kerajaan China menggalakkan syarikat tempatan untuk mengurangkan penggunaan teknologi asing. Namun, belum ada maklumat tentang sejauh mana cip ini mampu bersaing dengan cip Qualcomm dan MediaTek atau kategori telefon pintar yang akan menggunakannya.

    Xiaomi juga merancang untuk melabur sebanyak 30 bilion yuan (~RM18.4 bilion) dalam penyelidikan dan pembangunan pada 2025 yang meningkat daripada 24 bilion yuan (~RM14.7 bilion) tahun ini. Pelaburan ini akan digunakan untuk menyokong pembangunan cip baharu tersebut.

    Maklumat lanjut mengenai penghasilan cip ini mungkin akan diumumkan dalam masa terdekat. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bloomberg

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured