More

    Xiaomi dilapor bakal gunakan cipset buatan sendiri tahun depan

    Xiaomi mungkin akan meninggalkan Qualcomm dan MediaTek kerana mereka kini dilaporkan sedang menghasilkan cipset sendiri. Maklumat ini datang daripada sumber yang boleh dipercayai iaitu Yogesh Brar.

    Brar mendakwa bahawa cipset yang dihasilkan mungkin diumumkan pada penggal pertama tahun depan. Brar menegaskan bahawa projek cipset Xiaomi kini sedang berjalan dengan baik dan cipset pertama akan berdasarkan N4P TSMC.

    Selain itu, beliau menambah bahawa prestasi cipset adalah setanding dengan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 dan menggunakan modem 5G oleh Unisoc. Selain menghasilkan cipset dalaman sendiri, Xiaomi juga mungkin mengeluarkan banyak produk inovasi yang sedang dalam perancangan.

    Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kita perlu menunggu peranti tersebut dilancarkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: X Yogesh Brar

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured