More

    Xiaomi dominasi pasaran telefon pintar di Malaysia untuk 2024

    Xiaomi secara rasmi telah mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama telefon pintar terkemuka di Malaysia pada tahun 2024. Menurut laporan firma penyelidikan pasaran global, Canalys, Xiaomi berjaya meraih 16% bahagian pasaran dalam penghantaran telefon pintar dengan mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 2%.

    Pengurus Xiaomi Malaysia, Eddie Huang, mengucapkan terima kasih kepada pengguna Malaysia atas sokongan berterusan. Beliau menegaskan komitmen Xiaomi untuk menawarkan teknologi inovatif pada harga mampu milik melalui strategi dwi-jenama.

    Strategi dwi-jenama adalah melalui siri Xiaomi untuk pengguna premium dan siri Redmi untuk mereka yang inginkan prestasi tinggi pada harga berpatutan. Tahun lalu, Xiaomi melancarkan Redmi Note 13 dan Xiaomi 14 yang mendapat sambutan hangat. Kini, mereka memperkenalkan Redmi Note 14 yang memenuhi keperluan pengguna pelbagai segmen.

    Dengan misi untuk menyediakan teknologi terbaik kepada semua, Xiaomi terus melangkah ke hadapan dalam industri telefon pintar di Malaysia. Adakah anda salah seorang pemilik peranti Xiaomi? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured