More

    Xiaomi dominasi pasaran telefon pintar Malaysia untuk Q1 2025

    Xiaomi sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran telefon pintar di Malaysia bagi suku pertama tahun ini. Menurut laporan terkini Canalys, Xiaomi mencatat 18% pegangan pasaran dalam unit jualan, sekaligus mengekalkan kedudukan pertama dengan pertumbuhan tahunan 11%.

    Kejayaan ini didorong oleh inovasi berterusan, strategi produk yang mantap dan hubungan erat dengan komuniti tempatan. Xiaomi terus meraih kejayaan menerusi strategi dua jenama dengan siri Xiaomi 15 untuk pengguna premium bersama prestasi flagship dan siri Redmi Note 14 untuk pengguna umum yang mahukan peranti berprestasi tinggi pada harga berpatutan.

    Tahun 2025 juga menyaksikan Xiaomi mengorak langkah ke dalam pasaran ultra-premium merangkumi telefon pintar dan barisan produk AIoT. Xiaomi menawarkan teknologi pintar yang bukan sahaja canggih, malah masih mampu dimiliki oleh ramai.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...