More

    Xiaomi kekal jenama telefon pintar no.1 di Malaysia pada suku kedua 2021!

    Tidak lama yang lalu, kami melaporkan bahawa Xiaomi berjaya menjadi syarikat telefon pintar kedua terbesar dunia pada suku kedua 2021, mengalahkan Apple. Kini, pencapaian tersebut dilihat selari dengan penerimaan Xiaomi di pasaran Malaysia. Mengikut analisa Canalys, Xiaomi adalah jenama telefon pintar nombor satu di Malaysia untuk suku kedua 2021.

    Xiaomi dilihat kekal berada di tangga teratas sama seperti pada suku pertama tahun ini. Berbanding tahun lalu, penjualan produk Xiaomi di Malaysia telah meningkat sebanyak 109%. Tempat kedua diikuti oleh jenama Samsung dan seterusnya oleh jenama vivo, OPPO dan realme.

    Hal ini tidak mengejutkan kerana Xiaomi dilihat telah melancarkan pelbagai telefon pintar yang menarik dan mantap sejak awal tahun ini.

    Baru-baru ini, Xiaomi telah menaik sebanyak 84 tangga di carta Fortune Global 500, dari nombor 422 pada tahun 2020 ke nombor 338 pada tahun ini.

    Adakah anda berpuas hati dengan berita ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured