More

    Xiaomi keluarkan pemukul nyamuk boleh dicas, bateri 1200mAh berharga ~RM48

    Bagaimanakah dengan prestasi pemukul nyamuk di rumah anda? Biasanya, pemukul nyamuk turut digunakan untuk memukul lalat. Xiaomi kini menghadirkan alat pemukul lalat elektrik yang boleh dicas dengan rekaan minimalis yang lawa!

    Terdapat tiga lapisan grid perlindungan yang mampu memerangkap serangga sekecil nyamuk. Lapisan grid aluminium 3000V dilengkapi cahaya LED untuk menarik perhatian nyamuk atau lalat. Bukan itu sahaja, cahaya LED ini mampu membantu anda memukul lalat walaupun dalam bilik berkeadaan gelap.

    Anda tidak perlu risau dengan kejutan elektrik seperti pemukul nyamuk yang biasa. Pemukul nyamuk Xiaomi memiliki dua suis keselamatan yang memastikan pengguna dapat menggunakannya secara efektif.

    Alat teknologi ini hadir dengan bateri litium 1200mAh dengan penggunaan USB untuk pengecasan. Menurut Xiaomi, ia boleh dicas selama 2 jam dan mampu bertahan sehingga 7-10 hari dalam 10 minit penggunaan sehari.

    Reka bentuk minimalis dan menariknya juga boleh bertindak sebagai dekorasi. Ia dijual dengan harga 79 Yuan (~RM48) di pasaran China. Namun, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan keberadaannya di Malaysia. Anda boleh melihatnya dengan lebih lanjut di laman web rasmi Xiaomi Youpin.

    Adakah anda sukakan alat ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    MyGOV Malaysia integrasi Agentic AI, sistem kerajaan kini lebih efisien

    Kementerian Digital memperkenalkan teknologi Agentic AI dalam aplikasi MyGOV Malaysia yang mengubahnya daripada sekadar hab perkhidmatan kepada pembantu digital yang mampu memahami...

    Siri HONOR Pad 20 bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia tidak lama lagi

    HONOR bakal melancarkan siri Pad 20 di pasaran Malaysia berikutan kejayaan mereka mengekalkan kedudukan sebagai jenama tablet Android nombor satu di Malaysia...

    MPOB perkenal Sawit EcoTherm, teknologi penyejuk cecair untuk pusat data AI

    Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) secara rasminya telah membangunkan Sawit EcoTherm iaitu cecair penyejuk rendaman yang dihasilkan daripada minyak sawit. Teknologi ini...

    Apple mula uji cip memori China untuk iPhone dan MacBook

    Apple dilaporkan sedang menguji cip memori daripada syarikat pengeluar China, ChangXin Memory Technologies (CXMT) untuk barisan produk utamanya merangkumi iPhone dan MacBook....

    ChatGPT makin seronok untuk pengguna percuma, sembang teks kini tanpa had

    OpenAI mengumumkan pemansuhan had penggunaan sembang berasaskan teks untuk pengguna ChatGPT akaun percuma dan akaun Go. Langkah ini menandakan perubahan dasar pada...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured