More

    Xiaomi kenalkan teknologi RAMDISK, ‘gaming’ di telefon anda lebih laju dan padu

    Semakin hari, kita boleh melihat pilihan RAM yang semakin besar pada keluaran telefon-telefon pintar. Sehingga kini, telefon pintar sudah pun mengeluarkan model dilengkapi RAM mencapai 16GB. Melalui hal ini, Xiaomi telah hadir dengan teknologi RAMDISK untuk mengoptimumkan penggunaan RAM.

    Teknologi ini mengetengahkan penggunaan RAM sebagai storan cakera (disc storage) untuk mendapatkan prestasi yang lebih pantas dan lancar pada aplikasi atau game yang anda mainkan. Teknologi seperti ini bukanlah perkara baharu dalam arena teknologi, kerana ia sudah digunakan dalam arena komputer. Namun, ia adalah nafas baru dalam dunia telefon pintar.

    Malangnya, teknologi RAMDISK hanya tersedia pada Mi 10 Ultra setakat ini. Untuk pengetahuan anda, Mi 10 Ultra masih tidak memasuki pasaran Malaysia dan kami tidak mempunyai maklumat jika ia bakal hadir di pasaran tempatan.

    Kami juga tidak pasti sama ada Xiaomi merancang untuk mewujudkan teknologi ini pada peranti Xiaomi lain yang sudah/bakal berada di pasaran Malaysia.

    Semak spesifikasi Mi 10 Ultra

    RAMDISK yang mampu mengoptimumkan prestasi kelancaran ini turut hadir dengan kelemahan seperti ‘memakan’ ruang storan anda.

    Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Adakah prestasi gaming di telefon anda sudah memuaskan? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured