More

    Xiaomi kini syarikat telefon pintar kedua terbesar dunia!

    Akibat konflik yang dialami oleh HUAWEI, semua syarikat telefon lain dilihat telah mendapat kesan yang positif, termasuklah Xiaomi. Terbaru, mengikut Canalys, Xiaomi kini adalah syarikat telefon pintar kedua terbesar dunia dari segi jualan untuk suku kedua 2021.

    Berdasarkan gambar dari Canalys, Samsung masih lagi mempunyai pegangan telefon pintar dunia dengan peratusan pasaran setinggi 19%, tidak jauh berbeza dari Xiaomi pada 17%.

    Namun, jika dilihat dari segi pertumbuhan, Xiaomi adalah yang tertinggi iaitu pada 83%. Ini seperti yang dijangkakan kerana jualan produk Xiaomi di Amerika Selatan telah menaik sebanyak 300%, 150% di Afrika dan 50% di Eropah Barat.

    Walaupun begitu, harga jualan setiap unit masih lagi rendah berbanding Samsung dan Apple. Ini menandakan bahawa peranti bajet Xiaomi merangkumi peratusan yang tinggi dalam jumlah jualannya. Xiaomi dikatakan sedang mencuba untuk menghasilkan lebih banyak peranti premium seperti Mi 11 Ultra dalam masa akan datang, demi menaikkan harga jualan setiap unit mereka.

    Jika pertumbuhan ini meningkat pada kadar yang konsisten, Xiaomi mungkin akan berjaya memintas Samsung dan menjadi syarikat telefon pintar terbesar di dunia.

    Jadi, adakah anda peminat telefon pintar Xiaomi? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured