More

    Xiaomi lancarkan MIJIA Smart Rechargeable Desk Lamp ~RM83 dan MIJIA Electric Kettle 2 ~RM64

    Xiaomi telah melancarkan MIJIA Smart Rechargeable Desk Lamp yang berharga sekitar 129 Yuan (~RM83) dan MIJIA Electric Kettle 2 dengan kapasiti yang ditingkatkan dengan harga 99 Yuan (~RM64)

    MIJIA Smart Rechargeable Desk Lamp menggunakan litium bateri kapasiti tinggi 2,000mAh yang boleh bertahan selama 120 jam. Kecerahan lampu 100% boleh bertahan sehingga lebih dari 4 jam, kecerahan 10% boleh bertahan sehingga 40 jam manakala kecerahan 1% akan bertukar ke lampu malam boleh bertahan sehingga 120 jam.

    Lampu ini mempunyai tetapan suhu warna tiga-tahap dan kecerahan di mana ia dilengkapi dengan 12 modul LED 0.25W dengan nilai keseluruhan 5W dan suhu warnanya boleh disesuaikan dari 2,700K sehingga 6,000K.

    Kerana gelarannya yang pintar, lampu pintar ini bertindak memberitahu pemilik rumah sekiranya loceng pintu berdering dan mematikan semua lampu dibilik lain apabila lampu tepi katil dimatikan. Pada waktu malam pula, ia dapat mengesan pergerakan badan dan akan bertukar ke mod malam secara automatik.

    MIJIA Electric Kettle 2 mempunyai reka bentuk garis bulat. Pemegangnya berbentuk 7-terbuka di mana suis tidak jauh dari tempat didihnya. Kapasiti cerek ini ditingkatkan ke 1.7L yang boleh mendidihkan 8 cawan air sekaligus. Ia mempunyai struktur dua-lapisan di bahagian dalam dan luar untuk mengelakkan luka terbakar secara tidak sengaja.

    Keluli tahan karat gred makanan 304 yang digunakan di bahagian dalam merupakan tahan oksidasi dan mudah dibersihkan. Ia dilengkapi dengan kuasa-tinggi pengumpulan-tenaga 1,800W yang boleh mendidih dalam masa 2 minit. Casis pemanasan plat aluminium tebal digunakan untuk keseimbangan didihan supaya air mendidih sepenuhnya.

    Dari segi keselamatan, cerek elektrik ini menggunakan termostat STRIX yang akan menghentikan pemanasan dengan tepat apabila air telah mencapai tahap didih. Ia juga mempunyai perlindungan daya empat kali ganda termasuk pemadaman automatik ketika air dimatikan, pemadaman automatik ketika kering, perlindungan fius suhu tinggi dan reka bentuk anti-kejutan.

    Setakat ini takde maklumat mengenai keberadaanya di Malaysia. Komen di Facebook kami dan tunggu berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

    "
    "

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured