More

    Xiaomi lancarkan tiga aksesori pengecasan pantas termasuk Mi 100W Car Charger

    Semalam, Xiaomi telah melancarkan beberapa produk termasuklah TV lutsinar, Xiaomi Mi 10 Ultra dan Redmi K30 Ultra bersempena ulang tahunnya yang ke-10. Turut dilancarkan bersama adalah tiga aksesori pengecasan pantas yang menarik untuk dimiliki.

    Mi 55W Wireless Charging Stand merupakan pengecas wayarles berdiri yang hadir dengan rekaan warna hitam dan warna emas pada tapaknya. Pengecas ini menyokong semua peranti Xiaomi yang mempunyai sokongan pengecasan wayarles. Ia juga menyokong spesifikasi EPP (Extended Power Profile).

    Mi 55W Wireless Charging Stand berharga 199 Yuan (~RM120) di pasaran China.

    Mi 20W Smart Tracking Charging Pad merupakan pad pengecasan mudah untuk pengguna. Anda cuma perlu meletakkan peranti di atasnya sehingga lampu yang mengesan peranti menyala, dan pengecasan akan bermula. Anda boleh mengecas dua peranti dalam satu masa yang sama.

    Mi 20W Smart Tracking Charging Pad diumumkan dengan harga 499 Yuan (~RM301), tampil bersama pilihan warna putih.

    Seterusnya, Mi 100W Car Charger dilancarkan sebagai pengecas dalam kereta, versi pengecas pantas. Pengecas ini mempunyai output maksimum 68W jika anda mengecas dua peranti dalam satu masa yang sama. USB-A hadir dengan output maksimum 18W.

    Manakala port USB-C mempunyai kuasa output maksium 100W (jikan mengecas satu peranti sahaja). Menurut Xiaomi, pengecasan kapasiti bateri 45000mAh pada Xiaomi Mi 10 Ultra boleh dipenuhkan hanya selama 25 minit.

    Setakat ini, maklumat penjualan dan harga yang dipaparkan adalah di pasaran China sahaja. Kami masih ketiadaan maklumat adakah ia bakal hadir di pasaran malaysia. Adakah anda akan membelinya jika ia hadir? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured