More

    Xiaomi Malaysia ajak anda hadir ke Smart Living Showcase, pelbagai produk dijual pada harga promosi

    Xiaomi Malaysia akan menganjurkan pameran umum Smart Living Showcase 2024 yang mengetengahkan pelbagai peranti mudah alih dan kelengkapan rumah AIoT daripada Xiaomi untuk keselesaan anda. Ini termasuklah peranti boleh pakai yang baharu serta fon telinga wayarles Xiaomi OpenWear Stereo yang dilancar pada bulan lalu.

    Smart Living Showcase 2024 akan diadakan pada 15 hingga 18 Ogos 2024 di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Selangor, di mana para pengunjung boleh menikmati pelbagai promosi untuk produk-produk Xiaomi dan pemberian hadian menarik.

    Semua pelanggan yang membeli produk pada harga melebihi RM500 dalam satu resit akan menerima Mystery Gift. Pada masa yang sama, pelanggan yang membeli produk-produk terpilih akan menerima hadiah bernilai sehingga RM4,599.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menghadiri pameran ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...