More

    Xiaomi Malaysia dengan kerjasama selebriti ABPBH anjurkan cabaran “grab-all-you-can”

    Dengan kerjasama Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Xiaomi telah mengumumkan cabaran membeli-belah dengan memberikan peluang untuk bertemu selebriti tempatan kegemaran anda sambil membawa pulang beg dipenuhi dengan produk Xiaomi dengan menyahut cabaran grab-all-you-can 30 Saat.

    Cabaran grab-all-you-can 30 Saat akan diadakan setiap hujung minggu mulai 20 November ini. Pembelanja tertinggi pada hari itu akan diberi 30 saat untuk merebut seberapa banyak produk yang mereka boleh untuk mencapai jumlah nombor yang diberikan. Peserta yang paling hampir dengan jumlah yang diberikan boleh mebawa pulang kesemua barangan yang direbut.

    Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli-belah di kedai Xiaomi terpilih. Kemudian, 3 pelanggan teratas dengan perbelanjaan tertinggi hari itu akan dipilih untuk menyertai cabaran.

    Berikut merupakan kedai Xiaomi yang mengambil bahagian, tarikh dan penampilan istimewa selebriti:

    TarikhSelebritiTempatMasa
    20 November (Sabtu)Scha AlyahyaMid Valley Megamall, Kuala Lumpur4.30pm
    27 November (Sabtu)Awal AshaariPavillion, Kuala Lumpur4.30pm

    Anda boleh klik di sini untuk melihat terma dan syarat mengenai cabaran Grab-all-you-can 30 Saat. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...