More

    Xiaomi Malaysia sahkan tarikh pelancaran siri Xiaomi 17T pada 28 Mei ini

    Xiaomi Malaysia mengesahkan bahawa siri Xiaomi 17T akan dilancarkan di Malaysia pada 28 Mei ini. Walaupun spesifikasi penuh peranti belum didedah, Xiaomi 17T dijangka hadir dengan cip MediaTek Dimensity 8500 Ultra bersama RAM 12GB dan storan sehingga 512GB. Ia juga dikatakan menggunakan skrin AMOLED 1.5K bersaiz 6.59 inci dengan kadar segar semula 120Hz.

    Xiaomi 17T berpotensi menjadi antara tarikan utama dalam siri ini apabila dikhabarkan hadir dengan bateri 6500mAh bersama pengecasan pantas 67W. Untuk kamera, peranti akan menggunakan tetapan tiga kamera belakang terdiri daripada sensor utama 50MP, telefoto 50MP dengan zoom optikal 5x dan ultra lebar 12MP.

    Kerjasama Leica juga dijangka diteruskan pada siri ini menerusi penjenamaan dan talaan imej premium. Sementara itu, Xiaomi 17T Pro dijangka tampil lebih agresif dengan skrin AMOLED 6.83 inci bersama kadar segar semula lebih tinggi iaitu 144Hz. Model Pro dikhabarkan bakal dijana cip MediaTek Dimensity 9500 dan bateri berkapasiti 7000mAh bersama sokongan pengecasan berwayar 100W dan wayarles 50W.

    Seperti model standard, versi Pro juga dijangka menampilkan sistem kamera dengan talaan Leica bersama ciri fotografi premium. Jika semua spesifikasi tertiris ini tepat, siri Xiaomi 17T dilihat berpotensi menjadi antara pesaing mercu paling agresif daripada Xiaomi setakat ini menerusi gabungan bateri besar, skrin kadar segar tinggi, kamera Leica dan cip MediaTek generasi baharu.

    Buat masa ini, Xiaomi Malaysia hanya mengesahkan tarikh pelancaran rasmi, namun harga jualan, varian storan dan spesifikasi penuh dijangka diumumkan ketika acara pelancaran pada 28 Mei nanti. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured